RSS

maaaaaaaaaaaaaa.............. amik akak ni.....maaaaaaaaa.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

maaa.... sakit ma....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AMELL saya suka ayam KFC...

  














SAYANG AMEL... 
RINDU SANGAT DENGAN AMEL.. ASAL INGAT KAT DIA MESTI NAK MELELEH AIR MATA NI..

# AMELL mati sebab hati dia tak boleh berfungsi. I`ll do anything for Amell..but Allah love Amell more..

# Amell sgt sayang Tuwee.. masa Tuwee beranak dia tengok je dari awal sampai akhir.. dan anak itu adalah
   anak dia...tapi sayang semua keturunan Amell mati masa kecik sbb penyakit kuman. Tuwee pun da mati..

# Amell suka tido pakai selimut ataupun atas selimut..bangun pagi2 mesti nampak dia tgh tido ats selimut
   dengan kitorg

# Amell suka makan ayam KFC... hidung dia cepat je bau ayam..

# Amell cepat terasa kalo dimarah.. dia akan tido sorang2 dalam bilik or kat bumbung..merajuk!

# Amell suka teman kitorg anak beranak contohnya; kalo mama tgh masak dia akan duduk je kat tepi sinki 
   tgk mama masak.. Adik aku lak habit dia suka tido siang ,so, Amell pun teman tido siang... aku lak dia   
  suka teman aku tgk tv.. mesti dia terkedek2 jalan kat aku then duduk kat sofa..

# Amell paling suka jalan-jalan naik keta.. dia kan duduk kat belakang..

# Amell sakit tapi dia dok diam je.. 

# Amell mmg dilahirkan tak boleh mengiow.. dia cuma boleh sebut haaa..haaa.. mcm org takde suara..

# Amell di tanam belakang umah aku.. tempat lepak dia kali terakhir..

# Amell mati di subuh hari.. dia tido atas kepala aku..

# Amell x suka sangat bergaduh dgn kucing lain.. kalo kucing lain nak gaduh dgn dia. dia buat tak reti je.

# Amell menjadi kesayang peminat kucing kat lorong umah aku..pernah dia sengaja lepak tgh jalan (jln kat 
   umah tu x bz sbb jalan mati) pastu tiba2 kete Ummi (jiran dan jgk peminat kucing) nak lalu.. Ummi hon dia 
   bt derk je... lagi menggeliat tgh jalan.. Ummi biar je Amell buat perangai comel.. hahaha..

# Amell yang paling cepat keluar rumah bila mama balik keja.. so, bukan aku atau adik aku yang keluar
   dulu untuk sambut mama, tapi si Amell.... then Amell sebok ajak mama jalan2 naik kete.. siap masuk dlm  
   kete..

# Amell suka cium aku.. aku tak kesah pun mulut dia busuk.. kadang2 dia selsema then dia bersin, habis
   baju aku muka aku kena hingus dia.. tapi sayang punya pasal aku xkesah.. apa salah dia kan?? 

# Amell mmg mudah dapat penyakit.. terutama batuk dgn selsema.. sbb tu la anak2 dia semua mati.. sbb
   antibody tak kuat..

# Amell punya ubat terakhir aku simpan lagi.. 

# Amell hidup selama lebih kurang 6 tahun.. 6 tahun kenangan dengan Amell.. macam2..

# udah ler tu.. da banjir kot bilik ni..aku dok teriak cerita pasal Amell.. kalo aku boleh jumpa Amell lagi.. aku
  nak peluk dia sampai dia jerit haaaauu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayah, Anak dan Keldai

Bukan cerita lucu ye..
Suatu pagi Si Ayah dan Si Anak membawa seekor keldai untuk dijual di sebuah tempat namanya Pasir Kontang. Perjalan ke Pasir Kontang agak jauh.. sebelum bertemu dengan Pasir Kontang mereka perlu melalui banyak kawasan kampung. Dua beranak itu berjalan sambil menarik seekor keldai sehinggalah menjumpai kampung pertama. Mereka kelihatan sangat penat kerana cuaca begitu panas. Mereka pun singgah sebentar untuk minum di kampung tersebut. Tiba-tiba salah seorang orang kampung itu berteriak keras " Apalah bodoh sangat korang ni? Tunggang sajalah keldai itu, kenapa mahu susahkan diri berjalan kaki dan menarik keldai??" ...kemudian si ayah dan si anak pun tungganglah keldai yang seekor itu...

Mereka meneruskan perjalanan sekali lagi..Namun cuaca semakin panas menjelang tengah hari. Mereka telah mula berasa haus dan lapar. Sedang mereka berjalan tiba-tiba kelihatan sebuah kawasan pekan kecil yang mempunyai gerai makan. Lalu mereka berhasrat untuk makan dan minum di gerai tersebut. Baharu sahaja hendak melabuhkan punggung di atas kerusi, mereka telah terdengar bisikan orang yang turut makan di gerai itu "Pssstt!! ko tau tak.. diorang ni sangat bodoh! ada ke patut dua beranak duduk atas keldai tu.. mati la keldai tu nanti!"....Mereka berasa tidak selesa lalu cepat-cepat menghabiskan makanan dan minuman kemudian meneruskan perjalanan, si anak meminta ayahnya supaya menunggang keldai itu seorang diri, manakala si anak hanya berjalan kaki...

Setelah lebih kurang 2 kilometer berjalan tiba-tiba hujan pula turun.Kebetulan di situ  terdapat sebuah tempat seakan dewan orang ramai yang sedang membuat persiapan majlis. Si anak berlari-lari ke dewan tersebut untuk tumpang berteduh, si ayah pula menunggang keldai tersebut ke dewan itu. Orang-orang yang berada disitu telah melihat si anak berlari-lari menghampiri dewan tetapi ayahnya pula bersenang lenang menunggang keldai. Mereka bergosip sesama sendiri "ishhh!!! apa punya bapak tak guna.. suruh anak jalan kaki patutnya bapak kena jaga anak!" dan gosip tersebut telah didengari oleh si ayah. 

Setelah hujan mula reda mereka bersedia untuk kembali meneruskan perjalanan... Kali ini si ayah menyuruh anaknya pula menunggang keldai dan si ayah berjalan kaki. Si anak berasa hairan lalu bertanya "mengapakah ayah?" si ayah pun menjawab," Aku sepatutnya menjagamu anakku. Turutilah kataku."..si anak hanya diam dan menurut kata si ayah. Mereka pun meneruskan perjalanan..

Akhirnya mereka sampai di Pasir Kontang. hati mereka mula lega kerana sudah sampai kerana mereka pasti akan dapat menjualnya di Pasar Pasir Kontang.tetapi..... Malangnya, Pasar tersebut telah tutup satu jam lalu dan yang ada hanyalah sekumpulan pekerja yang bekerja membersihkan kawasan pasar. "Kasihan kamu dan keldaimu telah berjalan jauh.. lebih malang lagi keldai mu kerana membawa beban dari jauh dan terpaksa berjalan di tengah panas!" Si anak berkecil hati dengan kata-kata si pencuci itu lalu dia turun dari belakang keldai tersebut. Si ayah dan si anak pun berbincang dan membuat keputusan untuk berpatah balik kerana pasar hanya buka seminggu sekali. tetapi keldai mereka kelihatan lemah. "Tak usah kau bersifat kejam terhadap ternakanmu! biarkan dia berehat." jerit pencuci itu lg. akan tetapi hari semakin petang. Mereka mesti tiba dirumah sebelum senja. Tanpa banyak bicara, mereka pun menggendong keldai tersebut dengan mengikat kaki keldai dengan kayu. dan mereka cuba mengangkatnya. tidak semena-mena mereka telah jatuh ke tepian sungai yang tidaklah berapa dalam kerana keldai tersebut tersangatlah berat dan si keldai telah lemas.

Jadi....
Kesimpulannya, kite perlu ada pendirian diri yang teguh. Tak perlu jadi seperti lalang yang ditiup angin, bila orang kata ini, kita buat ini... bila orang kata itu, kita buat itu tanpa mengira kebaikan atau keburukannya. Apa pun orang kata, kita boleh dengar tetapi bukan semua kata orang itu seolah-olah mereka tahu situasi atau masalah kita. Mereka takkan pernah tahu situasi kita yang sebenarnya pada pandangan kali pertama. Berusahalah kerana Allah swt. dan berserahlah kepada Allah swt. 
Hanya Allah Tahu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Ayam Tua...

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Pulau Chicken.. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak tua yang hensem dan macho, dek kerana si pemilik rasa ayam jalaknye itu da tua sangat so dia pun bercadang nak cari lagi pengganti si jalak tua macho ni...Pemilik ni pun membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu denganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tergugat. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah die mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... Oklah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dok'aih! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]












Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (diorg banyak trick dan lg byk mkn garam,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mukadimahnya dengan ceritera sang enggang

True Love Story...

Pada suatu pagi seekor burung enggang jantan telah terbang ke sebuah pulau. Kite namakan pulau tu sebagai Pulau Cinta la...ok?.. Burung enggang jantan pun hinggap di sebuah pokok yg besar untuk berehat..sambil berehat burung enggang jantan melihat-lihat keindahan Pulau Cinta. Ada banyak lagi spesies burung di sini...semuanya sibuk mencari rezeki. Mereka terbang ke hulu dan ke hilir..busy la katakan.. lihat punya lihat tiba-tiba si enggang jantan ni terpana kepada sesuatu!! "wahhhh...cantiknye ciptaan Allah ni.. kiutnye!!".. burung enggang jantan bermonolog sendiri sambil membetulkan jambulnya..Yang dilihat itu adalah seekor burung enggang betina rupanya...kemudian burung enggang jantan pun mula langkah untuk 'ushar' burung enggang betina itu. Maka terbanglah si jantan dengan kacaknya ke dahan pokok di mana si enggang betina sedang bernyanyi-nyanyi..Betullah indahnya bumi Allah ciptakan ini Dia disertakan sekali dengan bidadari  Thank you Allah..dan tanpa melengah-lengah masa lagi si enggang jantan menyapa si dia," Hai si bidadari bersiulan indah..merdu sungguh siulan tuan hamba!"..cewahhh ayat ngorat nih!.. dan dengan tersipu-sipu malu si enggang betina menyahut sapaan tersebut," Siapakah pula gerangan tuan hamba yang memberi pujian setinggi langit ini?" haaa...yes! yes! dia bg respon!..si enggang jantan bermonolog sendiri lagi..dan kemudian menjawab soalan itu "Nama diberi Sang Budiman, berasal dari Pulau Kenyalang. singgah  di sini untuk berehat.Tuan hamba pula bagaimana?". Balas si enggang betina," Namaku Sang Merdu....." mereka berceritera hingga ke petang dan perhubungan tersebut telah membawa ke tali perkahwinan..akhirnya mereka berkahwin...mereka pun hidup gembira....

Selang 3 bulan Sang Merdu ingin bertelur..Sang Budiman mencari tempat terpaling selamat untuk cintanya itu.. dilihatnya ada sebatang pokok besar dan kukuh di tepi sungai. Lantas ditempatkan isterinya tercintanya itu di dalam pokok itu. dan bertelurlah Sang Merdu di dalam pokok. Demi menjaga keselamatan Sang Merdu dan anak-anak yang masih di dalam telur, Sang Budiman menutup lubang pokok tersebut dengan lumpur akan tetapi di buka sedikit untuk memberi ruang kepada dirinya memasukkan bekalan makan kepada Sang Merdu dan bakal anak-anaknya. Terdapat 2 butir telur telah dilahirkan. Selesai menutup lubang pokok Sang Budiman pergi mencari bekalan makanan untuk isteri dan anak-anak tersayang, "Wahai cintaku Sang Merdu, kau jagalah anak-anak kita sementara aku mencari rezeki untuk keluarga kita. Rindu ini dan kuderat ini sentiasa untuk cintaku, Sang Merdu serta anak-anak yang bakal menetas ini..Aku pergi dulu. doakan keselamatanku.." . "Akan ku turut katamu hai sang suami..Rindu ini juga untukmu sentiasa." 

Sang Enggang Jantan pun pergi dengan sayu dihati demi keluarga dia keluar mencari rezeki untuk dibawa pulang kepada keluarga. Sesampai di sebuah gua, dia terlihat ade 2 ekor tikus kecil. lalu dibawa pulang untuk santapan si isteri. Esoknya dia pergi lagi mencari rezeki. dia ternampak serangga-serangga kecil lalu dibawa pulang untuk santapan si isteri. dan begitulah hari-harinya sepanjang tempoh menunggu penetasan telur.
 
Pada suatu tarikh, telur-telur seakan-akan mahu menetas. beberapa jam kemuadian telur telah menetas. Alangkah gembiranya Sang Merdu. comel-comel anaknya.. Tak sabar rasanya memberitahu Sang Budiman tentang berita gembira ini. Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..

Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..
Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..
Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..

Seminggu telah berlalu..
Dimana Sang Budiman ku.. pulanglah.. Ya Allah, selamatkan Sang Budiman..aku merayu....makanan semakin berkurangan. anak-anak kita sudah semakin membesar..Kau tidak mahu melihat anak-anak kita kah? pulanglah cintaku..

Masuk minggu kedua..
"Ibu, saya lapar..." 
"Sabar anakku, Ayah mu pasti pulang membawa makanan untuk kita semua"

Beberapa hari selepas itu..
"Ibu, saya......."
"Ya, Allah anak-anakku!..Andai suami ku tidak pulang, matilah  kami sekeluarga menunggu mu Sang Budiman. Setia aku menunggu mu Sang Budiman. " 
mereka mula lemah tak bermaya..

Esoknya
tok! tok! tok! tok! tok!.tok!.....lubang pokok seakan di ketuk dan dikais kasar sekali..
"Siapa yang mengetuk itu?" tiada jawapan diberikan malah semakin kuat ketukan dan kaisan itu..

tiba-tiba....
"Oh keluargaku!" ucapan terpacul dari Sang Budiman..
"Sang Budiman suamiku!" sambil melihat kaki Sang Budiman yang cedera.
"Aku pulang membawa rezeki demi cinta kepada kamu semua..ampunkan aku kerana lambat..makanlah wahai anak-anak ku.. rezeki Allah bagi untuk kamu.."

Sekian, terima kasih.

nota:
Sebenarnya inilah kehidupan burung enggang. Seandainya berlaku kecelakan kepada si enggang jantan semasa tempoh penetasan telur (ketika mencari makanan untuk keluarga), Burung enggang betina akan tetap menunggu sehingga telur-telur menetas dan jika enggang jantan tidak pulang juga mereka akan mati kebuluran didalam pokok bersama-sama. Sekiranya si enggang jantan pulang kepangkuan keluarga, si enggang jantan dan betina akan kekal bersama sehingga akhir hayat mereka. Romantik kan?














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ShoutMix chat widget