RSS

Ayah, Anak dan Keldai

Bukan cerita lucu ye..
Suatu pagi Si Ayah dan Si Anak membawa seekor keldai untuk dijual di sebuah tempat namanya Pasir Kontang. Perjalan ke Pasir Kontang agak jauh.. sebelum bertemu dengan Pasir Kontang mereka perlu melalui banyak kawasan kampung. Dua beranak itu berjalan sambil menarik seekor keldai sehinggalah menjumpai kampung pertama. Mereka kelihatan sangat penat kerana cuaca begitu panas. Mereka pun singgah sebentar untuk minum di kampung tersebut. Tiba-tiba salah seorang orang kampung itu berteriak keras " Apalah bodoh sangat korang ni? Tunggang sajalah keldai itu, kenapa mahu susahkan diri berjalan kaki dan menarik keldai??" ...kemudian si ayah dan si anak pun tungganglah keldai yang seekor itu...

Mereka meneruskan perjalanan sekali lagi..Namun cuaca semakin panas menjelang tengah hari. Mereka telah mula berasa haus dan lapar. Sedang mereka berjalan tiba-tiba kelihatan sebuah kawasan pekan kecil yang mempunyai gerai makan. Lalu mereka berhasrat untuk makan dan minum di gerai tersebut. Baharu sahaja hendak melabuhkan punggung di atas kerusi, mereka telah terdengar bisikan orang yang turut makan di gerai itu "Pssstt!! ko tau tak.. diorang ni sangat bodoh! ada ke patut dua beranak duduk atas keldai tu.. mati la keldai tu nanti!"....Mereka berasa tidak selesa lalu cepat-cepat menghabiskan makanan dan minuman kemudian meneruskan perjalanan, si anak meminta ayahnya supaya menunggang keldai itu seorang diri, manakala si anak hanya berjalan kaki...

Setelah lebih kurang 2 kilometer berjalan tiba-tiba hujan pula turun.Kebetulan di situ  terdapat sebuah tempat seakan dewan orang ramai yang sedang membuat persiapan majlis. Si anak berlari-lari ke dewan tersebut untuk tumpang berteduh, si ayah pula menunggang keldai tersebut ke dewan itu. Orang-orang yang berada disitu telah melihat si anak berlari-lari menghampiri dewan tetapi ayahnya pula bersenang lenang menunggang keldai. Mereka bergosip sesama sendiri "ishhh!!! apa punya bapak tak guna.. suruh anak jalan kaki patutnya bapak kena jaga anak!" dan gosip tersebut telah didengari oleh si ayah. 

Setelah hujan mula reda mereka bersedia untuk kembali meneruskan perjalanan... Kali ini si ayah menyuruh anaknya pula menunggang keldai dan si ayah berjalan kaki. Si anak berasa hairan lalu bertanya "mengapakah ayah?" si ayah pun menjawab," Aku sepatutnya menjagamu anakku. Turutilah kataku."..si anak hanya diam dan menurut kata si ayah. Mereka pun meneruskan perjalanan..

Akhirnya mereka sampai di Pasir Kontang. hati mereka mula lega kerana sudah sampai kerana mereka pasti akan dapat menjualnya di Pasar Pasir Kontang.tetapi..... Malangnya, Pasar tersebut telah tutup satu jam lalu dan yang ada hanyalah sekumpulan pekerja yang bekerja membersihkan kawasan pasar. "Kasihan kamu dan keldaimu telah berjalan jauh.. lebih malang lagi keldai mu kerana membawa beban dari jauh dan terpaksa berjalan di tengah panas!" Si anak berkecil hati dengan kata-kata si pencuci itu lalu dia turun dari belakang keldai tersebut. Si ayah dan si anak pun berbincang dan membuat keputusan untuk berpatah balik kerana pasar hanya buka seminggu sekali. tetapi keldai mereka kelihatan lemah. "Tak usah kau bersifat kejam terhadap ternakanmu! biarkan dia berehat." jerit pencuci itu lg. akan tetapi hari semakin petang. Mereka mesti tiba dirumah sebelum senja. Tanpa banyak bicara, mereka pun menggendong keldai tersebut dengan mengikat kaki keldai dengan kayu. dan mereka cuba mengangkatnya. tidak semena-mena mereka telah jatuh ke tepian sungai yang tidaklah berapa dalam kerana keldai tersebut tersangatlah berat dan si keldai telah lemas.

Jadi....
Kesimpulannya, kite perlu ada pendirian diri yang teguh. Tak perlu jadi seperti lalang yang ditiup angin, bila orang kata ini, kita buat ini... bila orang kata itu, kita buat itu tanpa mengira kebaikan atau keburukannya. Apa pun orang kata, kita boleh dengar tetapi bukan semua kata orang itu seolah-olah mereka tahu situasi atau masalah kita. Mereka takkan pernah tahu situasi kita yang sebenarnya pada pandangan kali pertama. Berusahalah kerana Allah swt. dan berserahlah kepada Allah swt. 
Hanya Allah Tahu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget