RSS

mukadimahnya dengan ceritera sang enggang

True Love Story...

Pada suatu pagi seekor burung enggang jantan telah terbang ke sebuah pulau. Kite namakan pulau tu sebagai Pulau Cinta la...ok?.. Burung enggang jantan pun hinggap di sebuah pokok yg besar untuk berehat..sambil berehat burung enggang jantan melihat-lihat keindahan Pulau Cinta. Ada banyak lagi spesies burung di sini...semuanya sibuk mencari rezeki. Mereka terbang ke hulu dan ke hilir..busy la katakan.. lihat punya lihat tiba-tiba si enggang jantan ni terpana kepada sesuatu!! "wahhhh...cantiknye ciptaan Allah ni.. kiutnye!!".. burung enggang jantan bermonolog sendiri sambil membetulkan jambulnya..Yang dilihat itu adalah seekor burung enggang betina rupanya...kemudian burung enggang jantan pun mula langkah untuk 'ushar' burung enggang betina itu. Maka terbanglah si jantan dengan kacaknya ke dahan pokok di mana si enggang betina sedang bernyanyi-nyanyi..Betullah indahnya bumi Allah ciptakan ini Dia disertakan sekali dengan bidadari  Thank you Allah..dan tanpa melengah-lengah masa lagi si enggang jantan menyapa si dia," Hai si bidadari bersiulan indah..merdu sungguh siulan tuan hamba!"..cewahhh ayat ngorat nih!.. dan dengan tersipu-sipu malu si enggang betina menyahut sapaan tersebut," Siapakah pula gerangan tuan hamba yang memberi pujian setinggi langit ini?" haaa...yes! yes! dia bg respon!..si enggang jantan bermonolog sendiri lagi..dan kemudian menjawab soalan itu "Nama diberi Sang Budiman, berasal dari Pulau Kenyalang. singgah  di sini untuk berehat.Tuan hamba pula bagaimana?". Balas si enggang betina," Namaku Sang Merdu....." mereka berceritera hingga ke petang dan perhubungan tersebut telah membawa ke tali perkahwinan..akhirnya mereka berkahwin...mereka pun hidup gembira....

Selang 3 bulan Sang Merdu ingin bertelur..Sang Budiman mencari tempat terpaling selamat untuk cintanya itu.. dilihatnya ada sebatang pokok besar dan kukuh di tepi sungai. Lantas ditempatkan isterinya tercintanya itu di dalam pokok itu. dan bertelurlah Sang Merdu di dalam pokok. Demi menjaga keselamatan Sang Merdu dan anak-anak yang masih di dalam telur, Sang Budiman menutup lubang pokok tersebut dengan lumpur akan tetapi di buka sedikit untuk memberi ruang kepada dirinya memasukkan bekalan makan kepada Sang Merdu dan bakal anak-anaknya. Terdapat 2 butir telur telah dilahirkan. Selesai menutup lubang pokok Sang Budiman pergi mencari bekalan makanan untuk isteri dan anak-anak tersayang, "Wahai cintaku Sang Merdu, kau jagalah anak-anak kita sementara aku mencari rezeki untuk keluarga kita. Rindu ini dan kuderat ini sentiasa untuk cintaku, Sang Merdu serta anak-anak yang bakal menetas ini..Aku pergi dulu. doakan keselamatanku.." . "Akan ku turut katamu hai sang suami..Rindu ini juga untukmu sentiasa." 

Sang Enggang Jantan pun pergi dengan sayu dihati demi keluarga dia keluar mencari rezeki untuk dibawa pulang kepada keluarga. Sesampai di sebuah gua, dia terlihat ade 2 ekor tikus kecil. lalu dibawa pulang untuk santapan si isteri. Esoknya dia pergi lagi mencari rezeki. dia ternampak serangga-serangga kecil lalu dibawa pulang untuk santapan si isteri. dan begitulah hari-harinya sepanjang tempoh menunggu penetasan telur.
 
Pada suatu tarikh, telur-telur seakan-akan mahu menetas. beberapa jam kemuadian telur telah menetas. Alangkah gembiranya Sang Merdu. comel-comel anaknya.. Tak sabar rasanya memberitahu Sang Budiman tentang berita gembira ini. Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..

Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..
Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..
Aku tunggu kepulanganmu Sang Budiman..

Seminggu telah berlalu..
Dimana Sang Budiman ku.. pulanglah.. Ya Allah, selamatkan Sang Budiman..aku merayu....makanan semakin berkurangan. anak-anak kita sudah semakin membesar..Kau tidak mahu melihat anak-anak kita kah? pulanglah cintaku..

Masuk minggu kedua..
"Ibu, saya lapar..." 
"Sabar anakku, Ayah mu pasti pulang membawa makanan untuk kita semua"

Beberapa hari selepas itu..
"Ibu, saya......."
"Ya, Allah anak-anakku!..Andai suami ku tidak pulang, matilah  kami sekeluarga menunggu mu Sang Budiman. Setia aku menunggu mu Sang Budiman. " 
mereka mula lemah tak bermaya..

Esoknya
tok! tok! tok! tok! tok!.tok!.....lubang pokok seakan di ketuk dan dikais kasar sekali..
"Siapa yang mengetuk itu?" tiada jawapan diberikan malah semakin kuat ketukan dan kaisan itu..

tiba-tiba....
"Oh keluargaku!" ucapan terpacul dari Sang Budiman..
"Sang Budiman suamiku!" sambil melihat kaki Sang Budiman yang cedera.
"Aku pulang membawa rezeki demi cinta kepada kamu semua..ampunkan aku kerana lambat..makanlah wahai anak-anak ku.. rezeki Allah bagi untuk kamu.."

Sekian, terima kasih.

nota:
Sebenarnya inilah kehidupan burung enggang. Seandainya berlaku kecelakan kepada si enggang jantan semasa tempoh penetasan telur (ketika mencari makanan untuk keluarga), Burung enggang betina akan tetap menunggu sehingga telur-telur menetas dan jika enggang jantan tidak pulang juga mereka akan mati kebuluran didalam pokok bersama-sama. Sekiranya si enggang jantan pulang kepangkuan keluarga, si enggang jantan dan betina akan kekal bersama sehingga akhir hayat mereka. Romantik kan?














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget